Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.
Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.
Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1. Buka link www.blogger.com
2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
- Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
- Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.
5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
0 komentar
Posting Komentar