Ada entri dalam blog yang memerlukan anda untuk meletakkan gambar sebesar yang mungkin bergantung kepada ruang yang ada. Sebelum ini tutorial sudah menunjukkan bagaimana untuk memaparkan saiz yang maksimum untuk gambar yang telah diupload.
Untuk kali ini, tutorial akan menunjukkan bagaimana untuk menguruskan saiz gambar yang telah diupload. Ini kerana apabila gambar terlalu besar, maka ianya akan melebihi ruang yang sepatutnya untuk entri.
Terdapat 2 cara untuk tutorial ini.
Cara 1:
Masukkan width="200" ke dalam kod gambar.
Contoh:<img src="URL GAMBAR" width="500" >
Nilai 200 boleh ditukar bergantung kepada lebar ruangan entri anda. Kebiasaannya lebar entri bagi ssebuah blog antara 400 hingga 500. Jadi anda boleh cuba mana yang sesuai.
Contoh gambar dengan width 400
Cara 2:
Masukkan width="95%" ke dalam kod gambar.
Contoh:<img src="IMG URL" width="95%" >
Cara kedua mengunakan peratus untuk menentukan saiz gambar. Kalau anda memasukkan 95%, maka gambar yang terhasil akan mengambil lebar 95% daripada lebar sebenar ruangan entri anda.
contoh width 95%
-------------
p/s: height jarang dipertimbangkan kerana width yang lebih penting.
Selamat Mencuba.:)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar
Posting Komentar